Thursday, 10 19th

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

AMALAN 5S

Perutusan Pengarah

Kategori: Info 5S muhamad talha
Hit: 720

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seiring dengan langkah - langkah JPKK untuk memastikan amalan 5S dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan di Kolej Komuniti melalui budaya kerja cemerlang dengan mengutamakan peningkatan kualiti perkhidmatan, persekitaran yang bersih, selamat dan memnuhi kepuasan pelanggan. Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S idapat membantu warga Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) bekerja dan belajar dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.

Panduan amalan 5S ini merupakan satu kaedah bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Jika amalan dilaksanakan ianya akan meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik di samping dapat menurangkan pembaziran. Komitmen dan penglibatan warga KKHS dalam perlaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan di KKHS. Amalan 5S akan membentuk displin diri yang baik, semangat kerja berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.

EN. M. AZMI BIN HJ. RUZALI
Pengarah
Kolej Komuniti Hulu Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengenalan 5S

Kategori: Info 5S muhamad talha
Hit: 734

Amalan 5S merupakan satu program peningkatan kualiti pengurusan sesebuah organisasi yang dilksanakan secara berterusan. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Perlaksanaan amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Terdapat juga kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa amalan 5S telah berjaya menanam dan meningkatkan nilai-nilai positif di dalam diri kakitangan seperti tanggungjawab, kreatif dan inovatif, berdisplin, kerja berpasukan, bangga dengan jabatan dan sayang kepada jabatan.

Justeru itu, bagi mewujudkan budaya kaizen ini, amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten adalah penting ditetapkan dalam setiap diri warga kerja organisasi supaya ia dapat memberi nilai tambah kepada imej korporat Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Kaunter Pelawat

018166533
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
22992
40358
135212
17918675
395419
788088
18166533

IP Anda: 54.166.245.10
Server Time: 2017-10-19 13:41:46

Kami mempunyai 590 tetamu dan seorang ahli di talian

  • brittneymccready6

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama AMALAN 5S