Thursday, 04 27th

Last updateTue, 11 Apr 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

KENALI KKHS

Pesanan Pengarah

Kategori: Pengarah muhamad talha
Hit: 4006

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-sama menghasilkan Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS). Saya bagi pihak KKHS mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web rasmi kami. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penyebaran maklumat melalui portal/laman web di lihat sebagai satu usaha yang amat efisyen dan berkesan. Pihak KKHS amat berharap agar anda dapat memperolehi maklumat yang berguna sepanjang melayari laman web ini. Pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi fungsi Laman Web Rasmi ini amatlah dialu-alukan.

Seiring dengan aspirasi kerajaan dalam menghasilkan tenaga kerja yang kompeten, berpengetahuan dan berakhlak mulia, KKHS adalah di antara Kolej Komuniti dipilih menjadi hab kepada pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berusaha menyediakan graduan dengan kemahiran teknikal disamping penguasaan teori yang mantap. Sejak penubuhannya, KKHS telah banyak melahirkan ilmuan serta modal insan cemerlang yang kini sedang berkhidmat kepada masyarakat .

Selain menyediakan peluang pembelajaran kepada pelajar lepasan sekolah, kolej komuniti juga menyediakan peluang kepada komuniti setempat untuk menambah ilmu dan kemahiran melalui kursus pendek bayaran yang minimum. Proses pembelajaran sepanjang hayat dan penyediaan modal insan yang berilmu dan berketerampilan hanya akan berjaya jika kita dapat membudayakan keinginan kepada pencarian ilmu dalam diri dan jiwa masing-masing.

Kepada para graduan sekalian, saya doakan agar anda semua akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Ambillah kesempatan yang ada untuk mempelajari bidang dan kemahiran baru yang mampu memberi nilai tambah bagi diri anda. Buktikanlah bahawa lepasan Kolej Komuniti adalah graduan yang berwibawa, berkebolehan serta mampu bersaing dalam lapangan hidup dan kerjaya.

Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua graduan, yang teleh dipilih untuk memasuki KKHS. Dampingilah KKHS sebagai teman untuk kita semua menimba pelbagai ilmu dan pada masa yang sama dapat meluaskan jaringan persahabatan sesama kita.

EN. M. AZMI BIN HJ. RUZALI
Pengarah
Kolej Komuniti Hulu Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Senarai Pengarah

Kategori: Pengarah muhamad talha
Hit: 6726

Jan 2003 – Jan 2004

hj.zul

  Nama: Tn. Hj Zulkifli bin Ariffin

Jan 2004 – Jan 2005

dr-ahmad-fadzil-bin-arif

  Nama: Dr. Ahamd Fadzil bin Arif

Mac 2006 – Mei 2009

zin

  Nama: En. Mohd Zin bin Mamat

Mei 2009 – Dis 2011

Roslan

  Nama: En. Roslan bin Noordin

Jan 2012 -

M Azmi

  Nama: En. M Azmi bin Hj Ruzali

Kaunter Pelawat

014401745
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17912
27431
110984
14113360
649631
572165
14401745

IP Anda: 23.20.219.0
Server Time: 2017-04-27 19:12:28

Kami mempunyai 266 tetamu dan tiada ahli di talian

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama KENALI KKHS