Thursday, 10 19th

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti

 

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara.

Pada Mac 2004 pula Kolej Komuniti yang berada dalam Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia telah diletakkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti. 2 lagi kolej baru telah mula beroperasi bermula Sesi Januari 2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah sebanyak 37 buah.

Bulan September 2007, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti telah ditukarkan kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti dengan disokongi oleh beberapa Bahagian iaitu, Bahagian Pembangunan Akademik, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Bahagian Kebajikan Pelajar dan Bahagian Pengambilan Pelajar.

Pada 15 September 2009, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaik taraf ke Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seoarang Ketua Pengarah. Jabatan ini juga telah ditambah 3 bahagian yang baru iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni.

Kaunter Pelawat

018165877
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
22336
40358
134556
17918675
394763
788088
18165877

IP Anda: 54.166.245.10
Server Time: 2017-10-19 13:25:00

Kami mempunyai 557 tetamu dan tiada ahli di talian

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...