Thursday, 10 19th

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Hulu Selangor

Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) telah mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung, Rawang Selangor Darul Ehsan. Kolej Komuniti ini ditubuhkan selaras dengan  dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir demi merealisasikan matlamat wawasan 2020.

Setelah hampir 5 tahun beroperasi, KKHS telah berpindah ke kampus sementara yang terletak di Apt Dahlia dan Apt Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor pada 1 Januari 2008. Kedua-dua lokasi kampus sementara kolej ini terletak hampir 50 km daripada  Kuala Lumpur dan dihubungkan oleh Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Utara Semenanjung Malaysia.

Kampus tetap kolej ini terletak di Taman Perniagaan Kelah, Batang Kali, Selangor dan mula beroperasi di lokasi baru ini pada pengambilan Julai 2009.

Sehingga kini Kolej Komuniti Hulu Selangor telah diterajui oleh lima orang Pengarah. Haji Zulkifli Bin Ariffin merupakan Pengarah pertama di kolej ini yang telah berkhidmat pada Mac 2003 sehingga Februari 2004. Usaha beliau untuk membawa kolej ini ke mercu kejayaan telah diteruskan oleh Dr. Ahmad Fadzil Bin Arif yang berkhidmat selama 2 tahun bermula pada Mac 2004. Kesinambungan usaha gigih kedua-dua pengarah tersebut diteruskan lagi oleh En. Mohd Zin Bin Mamat yang berkhidmat dari Mac 2006 sehingga Mei 2009. Bermula Mei 2009 sehingga Disember 2011 , tampuk kepimpinan KKHS diterajui oleh En.Roslan Bin Noordin. Mulai Jan 2012, En M.Azmi bin Hj Ruzali di amanahkan sebagai Pengarah untuk membawa wajah baru kepada kolej ini.

Kaunter Pelawat

018166496
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
22955
40358
135175
17918675
395382
788088
18166496

IP Anda: 54.166.245.10
Server Time: 2017-10-19 13:40:39

Kami mempunyai 593 tetamu dan seorang ahli di talian

  • brittneymccready6

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama KENALI KKHS Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Hulu Selangor