Friday, 07 21st

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Soalan Lazim Umum

Bilakah Kolej Komuniti Hulu Selangor ditubuhkan?

  Kolej Komuniti Hulu Selangor mula ditubuhkan pada 16 Mac 2003 dan merupakan sebuah institusi pendidikan yang bernaung di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Back to top
Adakah Kolej Komuniti Hulu Selangor sebuah IPT Swasta?

  Bukan, Kolej Komuniti Hulu Selangor adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Back to top
Bagaimanakah cara memohon masuk belajar di Kolej Komuniti Hulu Selangor?

Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS). Anda bebas memilih mana-mana satu kaedah.

  Permohonan melalui UPU secara ONLINE

  • Iklan kemasukan dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari bulan Januari hingga 07 April 2014. Pemohon perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dari Bank Simpanan Nasional dengan harga RM 10.60.
  • Pemohon perlu melayari laman web UPU.
  • Penuhkan data permohonan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara ONLINE

  Permohonan secara ONLINE melalui e-pengambilan kolej komuniti pada link berikut.

  Secara Datang Sendiri (walk-in)

Kami juga menerima pemohon-pemohon yang datang secara peribadi ke KKHS. Oleh yang demikian, saudara/saudari boleh menghubungi dan berhubung terus dengan Bahagian Pengambilan Pelajar KKHS

Pengambilan seterusnya adalah bagi bulan Julai 2014 dan permohonan bolehlah dikemukakan sekarang.

Back to top
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula nombor pin yang telah hilang?

  Sila isi borang maklumbalas di borang Aduan melalui laman sesawang Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dengan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel bagi mendapatkan nombor pin. Makluman pin akan dihantar melalui emel yang diberikan. 

Back to top
Bagaimanakah pengesahan permohonan telah diterima sacara online?

  Calon yang memohon boleh mencetak permohonan tersebut setelah selesai membuat permohonan.Cetakan permohonan tersebut adalah bukti permohonan calon akan diproses.

Back to top
Bagaimanakah pemilihan dan penawaran pelajar dibuat?

Pemilihan dan penawaran pelajar adalah seperti berikut:

  Membuat pemilihan dan penawaran kepada calon yang berjaya melalui sistem e-Pengambilan setelah menerima data pemohon untuk ditawarkan daripada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK).

  Mencetak senarai nama calon yang telah ditawarkan.

Back to top
Bagaimanakah semakan keputusan boleh dibuat?

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  Laman sesawang UPU dan JPKK.

  Hubungi kami

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718
Back to top
Apakah program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Hulu Selangor?

01Kursus Pendek.

02Sijil Kolej Komuniti (T) / (M)

  Sijil Sistem Komputer dan Sokongan

  Sijil Pelancongan dan Pengembaraan

Back to top
Adakah program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Hulu Selangor mendapat pengiktirafan Malaysian Qualification Agency (MQA)?

  Ya, Akreditasi Sementara telah diberikan oleh pihak MQA untuk melaksanakan program dan seterusnya untuk Akreditasi Penuh masih dalam proses.

Back to top
Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti Hulu Selangor?

Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti Hulu Selangor

  Sijil Kolej Komuniti (T) - Tempoh pengajian adalah 16 bulan.

  Sijil Kolej Komuniti (M) - Tempoh pengajian minimum adalah 20 bulan.

Back to top
Bagaimanakah penilaian yang dijalankan bagi Program Sijil?

  Terdapat DUA (2) jenis penilaian yang dijalankan iaitu Penilaian Berterusan (PB) yang mewakili 70% dan Penilaian Akhir (PA) sebanyak 30% . Kedua-dua bentuk penilaian ini menilai aspek teori dan amali. 

Back to top
Adakah elaun wang saku akan diberikan kepada pelajar setiap bulan dalam tempoh pengajian?

Ya. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria asas yang telah ditetapkan seperti berikut:

  Warganegara Malaysia.

  Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibubapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00

  Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap

  serta kriteria-kriteria lain yang telah ditetapkan

Sila rujuk dengan Bahagian Hal-ehwal pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor bagi maklumat lanjut. 

Back to top
Adakah pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor layak menerima baucar buku RM200.00?

  Tidak. Baucar buku hanya layak bagi pelajar diploma dan ke atas sahaja. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk melalui laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi.

Back to top
Adakah pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor akan diberi kemudahan kad diskaun Siswa 1Malaysia?

Ya, sekiranya menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut dipenuhi:

  Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);

  Pengajian sepenuh masa; dan

  Warganegara Malaysia.

Sila rujuk dengan Bahagian Hal-ehwal pelajar KKHS untuk maklumat lanjut.

Back to top
Adakah lulusan Program SKK Kolej Komuniti Hulu Selangor layak untuk menyambung pengajian?

  Ya, semua program yang telah mendapat akreditasi daripada MQA dan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat layak menyambung pengajian ke ke politeknik, Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) atau ke IPTA/IPTS.

  Walau bagaimanapun,permohonan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi hanya boleh dikemukakan setelah keputusan rasmi daripada Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat dikeluarkan dan pelajar memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh syarat pengambilan institusi pengajian berkenaan.

Back to top
Adakah penginapan pelajar disediakan?

  Tidak. Walaubagaimanapun, pihak Kolej Komuniti Hulu Selangor boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan.

Back to top
Bagaimana cara memohon untuk menjadi kakitangan di Kolej Komuniti Hulu Selangor?

  Pensyarah tetap Skim Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH)

  • Pengambilan tenaga pengajar untuk mengisi jawatan pensyarah adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik.
  • Permohonan perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) laman sesawang JobsMalaysia.
  • Anda boleh melayari laman sesawang SPP untuk sebarang maklumat lanjut termasuklah proses pengambilan sebagai tenaga pengajar.

  Lain-lain jawatan

Permohonan untuk mengisi jawatan-jawatan lain selain daripada tenaga pengajar, perlulah dikemukakan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di laman sesawang SPA.

Back to top

Kaunter Pelawat

016308804
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
14482
29969
199194
15886213
667644
681800
16308804

IP Anda: 54.196.74.142
Server Time: 2017-07-21 16:28:46

Kami mempunyai 243 tetamu dan tiada ahli di talian

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...