Thursday, 04 27th

Last updateTue, 11 Apr 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Informasi Kursus Pendek

  • Maklumat Am

  • Maklumat Yuran

  • Info Kursus

  • Soalan Lazim

  Sinopsis:

  • Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.
  • Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja.
  • Memberi pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah akses.

  Kumpulan Sasaran:

  • Lepasan sekolah/penganggur
  • Suri rumah
  • Pekerja industri/swasta/awam
  • Bekerja sendiri
  • Pesara Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Warga Emas (55 ke atas)

  Prospek Latihan:

  • Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus-kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
  • Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.

  Bayaran:

  • Bayaran kursus dikenakan adalah sebanyak (RM5 - RM20).
  • Warga emas dan OKU adalah dikecualikan daripada bayaran yuran.
  • Bayaran pelbagai akan dikenakan mengikut jenis kursus tidak melebihi RM30.

  Jam Kursus dan Yuran:

MASA PERLAKSANAAN 

KADAR BAYARAN YURAN 

1 hingga 5 jam

RM 5.00

5 hngga 10 jam

RM 10.00

10 hingga 15 jam

RM 15.00

Melebihi 16 jam

RM 20.00

Warga Emas & OKU

Percuma 

  Tempoh Kursus:

Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor.

  Kaedah Pembelajaran:

Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

  Tempat Kursus:

Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di Kolej Komuniti Hulu Selangor atau mana-mana premis luar yang disyorkan atau dipersetujui bersama.

  Permohonan:

Permohonan boleh dibuat melalui kolej yang menawarkan kursus pendek sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama peserta atau berhubung terus dengan penyelaras kursus pendek melalui talian telefon atau emel tertera. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di ePSH. Bagi pengguna telefon mudah alih Android, anda boleh memuat turun aplikasi CC Smart di play store untuk permohonan kursus pendek secara mobile.

Google-play-ccsmart

  Pensijilan:

Peserta kursus pendek akan diberikan Sijil Penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya.

Pelbagai soalan lazim kursus pendek yang dikemukakan mengenai Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) adalah:
Berapa lamakah tempoh pengajian bagi kursus pendek?

  Tempoh kursus pendek adalah bergantung kepada tempoh kursus tersebut dijalankan.

Back to top
Bagaimanakah cara perlaksanaan kursus pendek?

  Ianya dijalankan selepas waktu pejabat (hari pekerja - 6.00ptg hingga 10.00mlm) dan hujung minggu (8.00pg - 6.00ptg). Kursus juga dijalankan pada hari/waktu bekerja bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat.

 
Back to top
Siapakah yang layak memohon kursus pendek?

  Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA dan tiada had umur (boleh membaca dan menulis). Kedua-dua program/kursus ini terbuka kepada semua golongan masyarakat komuniti, pekerja, pelajar, pesara, warga emas, suri rumah, lepasan sekolah dan lepasan universiti.

Back to top
Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus pendek?

Berikut adalah maklumat yuran kursus pendek:

  1 - 5 jam = RM5.00

  6 - 10 jam = RM10.00

  11 - 15 jam = RM15.00

  16 jam ke atas = RM20.00

  Warga Emas & OKU = Percuma

*Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, nota, bahan pengajaran dan lain-lain.

Back to top
Adakah peserta akan diberikan sijil setelah tamat mengikuti kursus?

  Ya, sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan.

Back to top
Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan sijil?

  Kebiasaanya pihak Kolej Komuniti Hulu Selangor akan menyerahkan sijil kepada peserta dalam tempoh satu minggu selepas tamat kursus.

 
Back to top
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau no kad pengenalan pada sijil yang saya terima?

  Sila catatkan pembetulan pada sijil berkenaan dan serahkan semula kepada pihak kami. Tempoh penyerahan semula sijil adalah dalam masa satu minggu.

Back to top
Bolehkah kursus pendek dijalankan diluar kawasan kampus Kolej Komuniti Hulu Selangor?

  Boleh, bergantung kepada permintaan peserta serta bersesuaian dengan kursus yang hendak dijalankan.

 
Back to top

Kaunter Pelawat

014401500
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17667
27431
110739
14113360
649386
572165
14401500

IP Anda: 23.20.219.0
Server Time: 2017-04-27 18:58:40

Kami mempunyai 244 tetamu dan seorang ahli di talian

  • degaspastro1978

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...