Thursday, 04 27th

Last updateTue, 11 Apr 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

Tawaran untuk mengikuti pengajian SKk (M) masih belum dibuka. Maklumat ini hanya untuk rujukan. Anda yang berminat memohon pengajian peringkat sijil boleh merujuk kepada maklumat SKK (T). !.!

  • Maklumat AM

  • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

  • Tabung Pinjaman Pelajaran

  • Cara Permohonan

  Maklumat Program

Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa. Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.

smk

  Apakah menariknya program ini?

  Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.

  Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.

  Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan.

  Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan.

  Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak.

  Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.

  Kursus Tawaran di bawah SKK (M)

Penawaran MASIH BELUM DIBUKA. Mulai Julai 2013 Kolej Komuniti Hulu Selangor hanya menawarkan pengajian peringkat Sijil Kolej Komuniti Berterusan SKK (T) sahaja.

  Syarat Am Institusi (Kemasukan)

  Warganegara MALAYSIA

  LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengan;

  Berumur 17 tahun ke atas;

ATAU

  Mempunyai Persijilan APEL;

  Berumur 19 tahun ke atas

  Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian minimum 20 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.

  Bantuan Kewangan

Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) ATAU Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.

  Ciri-ciri Pengajian Kolej Komuniti

ciri2_pengajian_kk_small

Pemohon layak memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) mengikut syarat yang ditetapkan.

  Objektif bantuan:

Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

  Golongan sasaran:

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM1,500.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

  Syarat-syarat:

  Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;

  BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);

  Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;

  Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);

  Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;

  Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

  Kaedah Permohonan:

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan penyelaras biasiswa Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Pemohon layak memohon Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) mengikut syarat yang ditetapkan.

  Objektif bantuan:

Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.

  Golongan sasaran:

Pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil dan diploma.

  Syarat-syarat:

  Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;

  TPP diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);

  Pelajar disyaratkan menandatangai perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan kerajaan;

  Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;

  Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja yang lain; dan

  Pelajar perlu membayar balik pinjaman selepas 6 bulan tamat belajar.

  Kaedah Permohonan:

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan penyelaras biasiswa Kolej Komuniti Hulu Selangor.

  Cara Permohonan

Penawaran MASIH BELUM DIBUKA. Mulai Julai 2013 Kolej Komuniti Hulu Selangor hanya menawarkan pengajian peringkat Sijil Kolej Komuniti Berterusan SKK (T) sahaja.

Kaunter Pelawat

014401619
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17786
27431
110858
14113360
649505
572165
14401619

IP Anda: 23.20.219.0
Server Time: 2017-04-27 19:04:55

Kami mempunyai 260 tetamu dan tiada ahli di talian

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama KURSUS Sijil Kolej Komuniti Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)