Thursday, 10 19th

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

UNIT/JABATAN

Unit Pengajian Am

Kategori: Kejuruteraan dan Kemahiran muhamad talha
Hit: 3565

Peranan

Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) ialah unit yang dipertanggungjawab untuk mengajar subjek-subjek pengajian am yang di KKHS. Subjek Pengajian Am di kategorikan sebagai subjek bukan teknikal yang wajib dipelajari oleh semua pelajar KKHS. Subjek yang ditawarkan termasuklah Pembangunan Diri, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, English for Communication dan Sains Gunaan dan Matematik. Unit ini turut memberi kerjasama dan terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh unit-unit lain di KKHS.

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Kategori: Kejuruteraan dan Kemahiran muhamad talha
Hit: 4299

Peranan

  Menyelaras latihan industri yang akan dilalui oleh pelajar sepenuh masa. Pihak kolej tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tempat latihan industri bagaimanapun unit ini akan membantu mencari firma atau syarikat untuk menempatkan pelajar bagi membolehkan mereka menjalani latihan industri. Pelajar juga bebas untuk memilih tempat latihan industri selagi ianya mematuhi syarat yang ditetapkan. Pelajar-pelajar akan dipantau sepenuhnya oleh unit ini sepanjang menjalani latihan industri. Pemantauan akan dilakukan sebanyak dua kali. Unit ini disokong oleh penyelaras-penyelaras latihan industri bagi setiap kursus sepenuh masa juga beberapa jawatankuasa yang dilantik untuk menyelaras hal berkaitan graduan dan alumni kolej.

  Bidang Tugas Unit Perhubungan dan Latihan Industri:

  Menguruskan program latihan industri/Work Based Learning (WBL) pelajar.

  Menguruskan program kebolehpasaran graduan.

  Memastikan pelajar mengikuti dan lulus latihan industri/Work Based Learning (WBL.

  Mengumpul semua Laporan Latihan Industri pelajar.

  Menguruskan pemantauan latihan industri oleh pensyarah.

  Menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan latihan industri.

Jawatankuasa

  Bidang Tugas Jawatankuasa Pengesanan Graduan:

  Menyediakan data graduan kolej.

  Menyediakan Laporan Pengesanan Graduan kolej.

  Memastikan semua graduan memberi maklum balas dalam Kajian Pengesanan Graduan IPTA.

  Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan kajian pengesanan graduan.

  Bidang Tugas Jawatankuasa Alumni:

  Mengumpul data alumni kolej.

  Membuat perjumpaan dengan alumni.

  Menubuhkan alumni kolej.

  Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan alumni.

Sub-Kategori

  • Kejuruteraan dan Kemahiran

    Peranan: Bertanggungjawab memantau dan menyelaras kursus-kursus sepenuh masa yang ditawarkan di kolej juga menyelaras aktiviti kurikulum, penilaian dan peperiksaan, disiplin, dan lain-lain. Jabatan ini terdiri daripada beberapa unit dan dibantu oleh beberapa jawatankuasa bagi memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan lancar. Antara bidang tugas utama ialah:

      Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Akademik pada awal setiap sesi program pengajian.

      Menerima maklumbalas dari semua Ketua Program mengenai perjalanan unit dan P&P.

      Menyebarkan maklumat-maklumat dan dasar-dasar terkin.

      Menyelaras kurikulum yang diguna pakai di jabatan.

      Menyimpan satu salinan lengkap kurikulum yang terkini.

      Membuat laporan hasil perbincangan/mesyuarat di dalam mesyuarat pengurusan.

      Membuat cadangan penambahbaikkan perlaksanaan kurikulum.

      Membuat perancangan takwim akademik, anggaran perbelanjaan program.

      Menyelaras sistem pengurusan Penasihat Akademik.

      Mengenalpasti kemudahan dan peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan P&P.

      Menyediakan maklumat keperluan latihan yang diperlukan oleh pensyarah-pensyarah untuk peningkatan kemahiran.

      Mengumpul analisa keperluan latihan pensyarah (Training Need Analysis).

      Melaporkan kepada Pegawai Latihan dan Perkembangan Staf mengenai keperluan latihan pensyarah-pensyarah.

     

  • Pembelajaran Sepanjang Hayat

    • Peranan

    • Objektif

      Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan salah satu daripada dua jabatan dalam carta organisasi Kolej Komuniti Hulu Selangor. Sesuai dengan peranan KKHS sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat maka Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan menawarkan kursus jangka pendek kepada setiap anggota masyarakat dari pelbagai latar belakang kehidupan, pelbagai strata sosioekonomi dan pelbagai tahap keupayaan pembelajaran. Kursus jangka pendek yang ditawarkan adalah berdasarkan modul dan juga “customized course”.

      Dalam memantapkan pelaksanaan kursus yang dianjurkan maka lima fokus utama yang sentiasa diberi penekanan ialah:

      Reskilling/upskilling.

      Keusahawanan.

      Masyarakat Prihatin.

      Pengukuhan Graduan.

      Pembasmian Kemiskinan.

      Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja dan taraf sosioekonomi.

      Memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah diakses.

      Sekurang-kurangnya 50% Pensyarah mendapat latihan berkaitan Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) dalam tempoh setahun.

      Semua staf menghadiri kursus/latihan sekurang-kurangnya 10 hari setahun.

      Meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat setempat dalam program sepenuh masa dan kursus jangka pendek melalui aktiviti pameran.

  • Sokongan Akademik
  • Pentadbiran

    Bahagian Pentadbiran merupakan bahagian yang menyokong kepada pengoperasian semua jabatan dan unit-unit di Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS). Unit-unit yang dikawal selia sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Tadbir (PPT) iaitu

      Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan.

      Unit Kewangan dan Akaun

      Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan. 

Kaunter Pelawat

018166465
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
22924
40358
135144
17918675
395351
788088
18166465

IP Anda: 54.166.245.10
Server Time: 2017-10-19 13:39:36

Kami mempunyai 608 tetamu dan seorang ahli di talian

  • brittneymccready6

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama UNIT/JABATAN