Thursday, 10 19th

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Unit Peperiksaan

Peranan

Unit ini menyelaras sepenuhnya urusan penilaian peperiksaan. Selain daripada itu, unit peperiksaan juga bertanggungjawab hal-hal berkaitan jadual peperiksaan, soalan-soalan peperiksaan, mencetak soalan peperiksaan dan juga keputusan peperiksaan. Unit ini juga menyimpan rekod keputusan pelajar selain dari senarai lulusan yang telah menamatkan pengajian di kolej komuniti. Unit ini disokong oleh penyelaras-penyelaras peperiksaan bagi setiap unit akademik.

Sebelum Peperiksaan

  Menyediakan perancangan berkaitan peperiksaan kolej komuniti dengan merujuk kepada Takwim Peperiksaan dari Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

  Menyelaras perjalanan peperiksaan semua program pada setiap semester.

  Memastikan soalan peperiksaan dipilih dan disediakan mencukupi mengikut jumlah program yang didaftarkan.

  Mencetak kertas-kertas soalan Peperiksaan Akhir Semester mengikut peraturan dalam Garis Panduan Pengurusan Peperiksaan.

  Menyediakan jadual waktu peperiksaan dan jadual waktu pengawasan peperiksaan dan diserahkan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran untuk diluluskan dan dicetak.

  Memastikan bilik / dewan peperiksaan disusun sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

  Menyediakan buku/kertas jawapan dan lain–lain keperluan untuk peperiksaan.

Semasa Peperiksaan

  Menyerahkan kertas soalan, buku/kertas jawapan dan bahan–bahan peperiksaan kepada Ketua Pengawas atau Pengawas di Unit Peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

  Menerima skrip jawapan dan bahan-bahan peperiksaan daripada Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan selepas peperiksaan tamat.

  Memastikan jumlah skrip jawapan adalah sama seperti yang di catat di dalam Borang Pengawasan.

Selepas Peperiksaan

  Menguruskan persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.

  Membawa semua salinan lembaran markah ke mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.

  Menghantar status keputusan peperiksaan bagi pelajar yang akan mengikuti Latihan Industri kepada Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri.

  Mempamerkan keputusan peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan seperti Takwim Aktiviti Peperiksaan di tempat yang disediakan.

  Menyediakan dan mencetak Slip dan transkrip Keputusan Peperiksaan.

  Menyemak dan memastikan butiran di dalam slip keputusan adalah tepat dan menyerahkan slip keputusan kepada pelajar mengikut tarikh yang ditetapkan.

  Menguruskan pengiriman Slip Keputusan Peperiksaan kepada pelajar setelah disemak dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.

  Menyediakan dan mencetak sijil serta mendapatkan tandatangan pihak berkaitan untuk majlis konvokesyen.

  Menguruskan pengiriman sijil kepada pelajar yang tidak menghadiri konvokesyen dan mengemaskini Buku Daftar Sijil.

Kaunter Pelawat

018165913
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
22372
40358
134592
17918675
394799
788088
18165913

IP Anda: 54.166.245.10
Server Time: 2017-10-19 13:25:51

Kami mempunyai 567 tetamu dan tiada ahli di talian

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...