Thursday, 04 27th

Last updateTue, 11 Apr 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Unit Hal Ehwal Pelajar

Peranan

  Unit Hal Ehwal Pelajar merupakan satu bahagian yang terpenting dalam pentadbiran hal ehwal pelajar. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar dan mengurus selia, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pelajar, disiplin, kesukanan, kebudayaan, penginapan, bantuan kewangan serta pinjaman pelajaran, dan kebajikan pelajar. Unit ini merupakan pemangkin ke arah pembentukan pelajar yang progresif, dinamik, cemerlang, berwibawa dan berketrampilan melalui pelaksanaan program pembangunan insan yang menekankan keseimbangan aspek akademik & kokurikulum. Kedua-dua aspek ini merupakan elemen penting yang saling melengkapi dalam proses membangunkan potensi diri pelajar dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan.

  Misi unit ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti sahsiah, kerohanian serta kebajikan yang dapat memenuhi ekspektasi pelanggan. Unit ini juga akan sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersesuaian bagi pelajar.

Objektif

  Membantu Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam melaksanakan tugas-tugas kebajikan dan disiplin, bantuan kewangan dan pinjaman, insurans, dan menyelaras aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP).

Jawatankuasa

  Bidang Tugas Jawatankuasa Perwakilan Pelajar:

  Bertindak sebagai pemantau, perancang dan pelaksana dalam menggerakkan aktiviti semua pelajar di Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) dan juga dengan pihak luar.

  Sebagai saluran aduan kepada pihak pengurusan KKHS dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan juga pihak Kerajaan amnya serta pihak-pihak yang ada kaitan dengan kebajikan pelajar.

  Membantu pihak pengurusan KKHS menangani isu-isu berkaitan masalah tatatertib dan disiplin pelajar dengan dibantu oleh exco-exco tertentu sebagai saluran untuk mendekati dan memberikan penjelasan kepada pelajar mengenai sesuatu isu yang berbangkit.

  Bidang Tugas Jawatankuasa Kebajikan Pelajar:

  Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.

  Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan insurans pelajar.

  Menguruskan hal-hal pengeluaran duit aktiviti pelajar (akaun koperasi).

  Bidang Tugas Jawatankuasa Disiplin Pelajar:

  Merancang perlaksanaan perancangan pengurusan disiplin tahunan KKHS.

  Melaksanakan perancangan pengurusan disiplin tahunan kolej yang diluluskan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar.

  Menguruskan tindakan tatatertib mengikut Akta 174 terhadap pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib.

  Menguruskan Borang Aku Janji Pelajar.

  Memberi taklimat kepada pelajar baru dan lama serta mengedarkan Buku Panduan dan Peraturan Am Kolej Komuniti KPT kepada semua pelajar.

  Menjadi Urusetia Tatatertib Pelajar.

  Merancang dan melaksana program/kawalan disiplin pelajar.

  Bidang Tugas Jawatankuasa Biasiswa dan Wang Saku Pelajar:

  Mengenalpasti pinjaman/biasiswa yang boleh dipohon oleh pelajar.

  Memastikan setiap pelajar ditawarkan biasiswa/pinjaman/wang saku dan memohon dari mana-mana penaja yang bersesuaian.

  Membantu pelajar dalam proses permohonan dan menerima pembayaran.

  Memantau status dan keputusan peperiksaan setiap pelajar untuk dimaklumkan kepada penaja masing-masing.

  Membantu menyelesaikan masalah terhadap mana-mana pelajar yang tidak menerima pembayaran yang sepatutnya.

  Memantau kehadiran pelajar pada setiap bulan bagi penerimaan wang saku/elaun.

Kaunter Pelawat

014401572
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17739
27431
110811
14113360
649458
572165
14401572

IP Anda: 23.20.219.0
Server Time: 2017-04-27 19:02:43

Kami mempunyai 269 tetamu dan seorang ahli di talian

  • degaspastro1978

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama UNIT/JABATAN Sokongan Akademik Unit Hal Ehwal Pelajar