Thursday, 04 27th

Last updateTue, 11 Apr 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Unit Multimedia dan Sumber

Peranan

  Unit Multimedia dan Sumber Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) merupakan unit induk yang meliputi Unit Teknologi Maklumat dan Pusat Sumber. Secara amnya Unit Multimedia dan Sumber mengawal dan memantau ke dua-dua unit tersebut. Walau bagaimanapun, unit ini juga memainkan peranan dalam menyediakan bahan digital dan bercetak untuk mempromosikan kolej komuniti. Selain berperanan di peringkat KKHS, unit ini juga terlibat membantu kerja-kerja penerbitan bercetak dan digital di peringkat zon tengah dan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

  Mengendali urusan fotografi dan videografi dalam semua aktiviti jabatan termasuklah menjadi pusat pengumpulan data dan rekod. Mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dengan membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi mewujudkan budaya penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan serta bertanggungjawab mengurus sepenuhnya pusat sumber.

  Menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan, pembangunan, dan perlaksanaan teknologi maklumat, sistem komputer, rangkaian komputer dan internet, laman web, pengurusan server, peralatan & perisian ICT dan sebagainya. Juga bertanggungjawab dalam perancangan pembangunan aplikasi dan sistem maklumat untuk kemudahan staf dan pelajar.

Objektif

  Memastikan pengurusan multimedia di kolej komuniti sentiasa relevan dari masa ke masa.

  Menguruskan fungsi ICT di KKHS selaras arahan dan pekeliling Kerajaan dari masa ke masa.

  Memastikan pengurusan Pusat Sumber sentiasa terkawal dan mematuhi arahan kerajaan.

  Melaksanakan arahan pengarah berdasarkan perubahan dan keperluan semasa.

Jawatankuasa

  Bidang Tugas Jawatankuasa Multimedia dan ICT:

  Merekabentuk, mengemaskini dan menambahbaik laman web dari masa ke semasa

  Melakukan senggaraan pencegahan:

-- Melakukan kerja penyengaraan berjadual bagi menjamin kelancaran operasi peralatan ICT dan rangkaian. Menggunakan carta alir penggunaan sesuatu alat terhadap cara penggunaannya.

  Senggaraan perisian dan aplikasi:

-- Memastikan segala jenis perisian komputer berfungsi dengan baik pada setiap masa. Memastikan setiap penggunaan perisian yang dipasang pada komputer adalah perisian yang sah (bukan cetak rompak).

  Membangunkan sistem aplikasi pengguna (menggunakan pengaturcaraan) sekiranya diperlukan

  Melaporkan kerosakan aset ICT kepada Pegawai Aset untuk kelulusan penyelenggaraan baikpulih atau alatganti.

  Menyelaras pengurusan dan perlupusan aset ICT Membantu menguruskan rangkaian kampus di KKHS di jabatan/unit:

-- Memastikan kelancaran e-mail jabatan/unit. Memastikan capaian internet berfungsi dengan baik

  Memastikan setiap peralatan dan kemudahan memenuhi piawaian keselamatan.

  Mengawal urusan keluar masuk peralatan ICT.

  Mengurus dan mengendali urusan fotografi dan videografi berkaitan aktiviti KKHS.

  Bidang Tugas Jawatankuasa Sumber:

  Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan perpustakaan.

  Membuat pembelian buku.

  Memastikan pelajar dan pensyarah dapat menggunakan kemudahan perpustakaan dengan baik.

Kaunter Pelawat

014401512
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17679
27431
110751
14113360
649398
572165
14401512

IP Anda: 23.20.219.0
Server Time: 2017-04-27 18:59:45

Kami mempunyai 240 tetamu dan seorang ahli di talian

  • degaspastro1978

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama UNIT/JABATAN Sokongan Akademik Unit Multimedia dan Sumber