Thursday, 10 19th

Last updateThu, 08 Jun 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

W3C Cpanel

Unit Psikologi dan Kerjaya

Peranan

  Unit ini berperanan memberi perkhidmatan bimbingan, ujian psikologi, serta menjalankan sesi kaunseling merangkumi semua aspek termasuk hal-hal peribadi, akademik, keluarga, disiplin dan kerjaya. Bertanggungjawab untuk melaksanakan program mengikut perancangan takwim tahunan. Di samping itu, unit ini juga bertanggungjawab untuk memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar dan staf hadir untuk mendapatkan kaunseling dan bimbingan samada secara sukarela, rujukan atau jemputan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diberikan dapat membantu meningkatkan potensi dan membantu pertumbuhan pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien secara positif. Khidmat kaunseling dan kerjaya juga akan memastikan bahawa klien akan berubah menjadi lebih baik daripada situasi sebelumnya.

  Secara keseluruhan perkhidmatan yang diberikan itu dibahagikan kepada beberapa kategori:

  Khidmat Konsultasi & Rujukan.

  Khidmat Pemberian Maklumat.

  Khidmat Bimbingan Kelompok.

  Khidmat Kaunseling Individu.

  Khidmat Kaunseling Kelompok.

  Khidmat Pemberian Maklumat.

  Khidmat Kaunseling Kerjaya.

  Khidmat Ujian Psikologi.

Objektif

  Memberi khidmat kaunseling yang bersifat pengayaan, pemulihan, pencegahan dan pengembangan kepada komuniti setempat.

  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu yang memerlukannya.

  Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.

  Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman selaras dengan kemampuan dan potensi mereka.

  Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penyalahgunaan dadah, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku devian.

  Memberi khidmat pengurusan kerjaya kepada pelajar dan juga komuniti setempat untuk mendapatkan saluran maklumat tentang aras kerjaya.

  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu-individu yang memerlukannya.

  Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada komuniti setempat.

Kaunter Pelawat

018166347
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
22806
40358
135026
17918675
395233
788088
18166347

IP Anda: 54.166.245.10
Server Time: 2017-10-19 13:36:36

Kami mempunyai 607 tetamu dan seorang ahli di talian

  • brittneymccready6

Hubungi KKHS

  • Alamat: 
    Kolej Komuniti Hulu Selangor
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    No 43-57 Jalan Kelah 2
    Taman Perniagaan Kelah
    44300 Batang Kali Selangor
    MALAYSIA
  • Tel: (+603) 60571717/1719
    Fax: (+603) 60571718

Mengenai KKHS

kkhs logo2016 Pada 16 Mac 2003, Kolej Komuniti Hulu Selangor telah mula beroperasi di Lebih Lanjut...

Anda di :Utama UNIT/JABATAN Sokongan Akademik Unit Psikologi dan Kerjaya